style="text-align: left;">
Every day we will teach you powerful breathing exercises and an exclusive meditation with Gurudev Sri Sri Ravi Shankar that will:
Optimize your oxygen capacitybr
Strengthen your respiratory systembr
Reduce anxiety
Calm down the nervous systembr
Inculcate positive energy in your body and mind
Share this Free Masterclass with your family and friends and help them learn these powerful breathing exercises. Join in the Free Masterclass here: https://youtu.be/BKsw1abYwdg
About Gurudev Sri Sri Ravi Shankarbr
Gurudev Sri Sri Ravi Shankar is a world-renowned humanitarian, spiritual leader, and an ambassador of peace and human values. Through his life and work, Gurudev has inspired millions around the world with a vision of a stress-free and violence-free world.
Gurudev founded The Art of Living, a non-profit organization that is engaged in stress-management and service initiatives. The programs designed by Gurudev empower people with techniques and tools to live a deeper and blissful life.
Soham Shivoham - I am That, I am Pure Consciousness
This Mantra expresses the experience of knowing the self , knowing that we are all pure consciousness, personified by SHIVA.
Meaning of Mantra
Soham - I am that
Shivoham - I am Shiva, I am pure Consciousness
Meditating on this mantra leads us to our higher self, our true nature, it allows us to disconnect and disassociate with our ego and connect us to our very source, from where we all emerged, which is in all of us. I am that ,and that is me. we are all part of that one creative source. And we are nothing but pure consciousness
Understand ~ Meditate ~ Chant ~
~ Remember to Breathe fully and naturally. Cultivate Mindfulness. Enjoy the Journey. Smile ~
PETALING JAYA: An RM40bil aid package has been announced for the people to face economic challenges during the lockdown.
In a special address on Monday (May 31), Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said a number of initiatives would be implemented under the "Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan" (Pemerkasa Plus).
It is anchored on three main objectives namely – (i) increasing public healthcare capacity, (ii) continuing rakyat welfare agenda, and (iii) supporting business continuity.
Muhyiddin said that the government had launched several economic stimulus packages worth RM340bil previously.
Here are the salient points of the Pemerkasa Plus package:
Objective one: Increasing public healthcare capacity
– RM450mil allocation to increase bed and ICU capacity for hospitals under the Health Ministry, teaching hospitals and ATM hospitals. Outsourcing to private hospitals will also be done.
– RM550mil to support Covid-19 related expenses by various agencies, including medicines, reagents, and contract workers' appointments.
– Increasing the service period for more than 14,000 contract medical officers and nurses until 2022. The government will also re-appoint over 500 healthcare personnel due to retire this year.
Objective two: Continuing the welfare agenda for the people
– RM2.1bil for the Bantuan Prihatin Rakyat cash aid. Households earning below RM2,500 will receive RM500; households earning between RM2,501 and RM5,000, will receive RM300. Malaysians who are single will get RM100. This additional aid will be credited to the recipients' account by June.
– All B40 groups, those who lost their jobs as well as small-medium enterprises not allowed to operate during the movement control order, are given the option of automatic approval of bank moratorium for three months or a 50% reduction in loan repayment for six months. It will start in June and is expected to benefit more than five million borrowers with funds amounting to RM30bil.
– RM1bil for the Bus and Taxi Hire Purchase Rehabilitation Scheme to allow eligible bus and taxi operators to get a loan moratorium of up to 12 months and extend the loan period of up to 36 months.
– A 30% discount on the rental of business premises will be given for the month of May to July 2021 for Mara entrepreneurs affected by the economic closure.
– RM1.5bil for the Wage Subsidy Programme under Socso for all affected economic sectors, with a limit of 500 employees per application. Expected to benefit are 2.5 million employees and more than 200,000 employers.
– Employers registered with Pembangunan Sumber Manusia Berhad will be given a levy payment exemption for one month in June 2021.
Objective three: Supporting business continuity
– Extra RM500 payout for the Prihatin Special Grant (GKP), bumping up the total payout to RM1,500.
– RM1.5bil allocation for businesses who wish to get microcredit for working capital, with financing rates as low as 3%.
– Extra RM2bil in the Targeted Relief and Recovery Facility for affected SMEs.
– One-off aid of RM500 to tourist drivers, taxi drivers, bus drivers and e-hailing drivers.
– Inland Revenue Board (IRB) to consider postponing penalties to year 2022.
– Extension of electricity bill discounts to affected sectors. Hoteliers, tourist agencies, shopping malls, convention centres, theme parks, local airlines can receive 10% electricity discounts for extra three months from July to September.
– Special tax cuts to premises owners who offer at least 30% rental discounts for six more months until Dec 31.
– The Home Ownership Campaign (HOC), which ended May 31, has been extended until 31 December 2021.
> The Sales and Services Tax (SST) exemption for imported passenger vehicles is extended until Dec 31.
Here is the text of the Prime Minister's speech in Bahasa Melayu in full:
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Saudara dan saudari, rakyat Malaysia yang saya kasihi,
Sepertimana yang telah diumumkan, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula esok 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.
Tindakan ini diambil setelah trend peningkatan kes-kes COVID-19 menunjukkan kenaikan yang amat mendadak dengan mencatat kes-kes kematian yang tinggi setiap hari. Sekiranya tindakan drastik tidak diambil dengan kadar segera, dikhuatiri sistem kesihatan di negara kita akan runtuh dan kita akan berhadapan dengan satu malapetaka yang lebih besar.
3. Sepertimana yang saya telah tegaskan sebelum ini, penutupan sektor-sektor ekonomi akan memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. Saya ingin berterus-terang bahawa kerajaan mempunyai ruang fiskal yang amat terhad untuk berbelanja pada masa ini.
4. Namun atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara lives and livelihood iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat termasuk peluang saudara-saudari mencari nafkah untuk keluarga tersayang sepanjang tempoh PKP ini.
5. Semenjak COVID-19 melanda negara, Kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah 340 bilion ringgit. Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi 200 bilion ringgit. Justeru, terdapat lebih dari 100 bilion ringgit lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah 322.5 bilion ringgit
6. Dengan suntikan fiskal dan langkah yang telah diumumkan, kita dapat lihat ekonomi semakin pulih, menggambarkan hasil dan impak positif untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pertumbuhan KDNK pada bulan Mac tahun ini telah melonjak sebanyak 6.0%, nilai tertinggi semenjak pandemik COVID-19 melanda negara.
PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI TAMBAHAN (PEMERKASA+)
Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,
7. Maka sepertimana yang dijanjikan, hari ini saya ingin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu Kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini.
8. Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah 40 bilion ringgit, di mana suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 5 bilion ringgit. Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama seperti berikut:
MATLAMAT PERTAMA: MEMPERTINGKATKAN KAPASITI KESIHATAN AWAM
Tuan-tuan Puan-puan sekalian,
9. Kerajaanbakan memastikan kapasiti kesihatan awam sentiasa diberi keutamaan. Seperti kenyataan saya sebelum ini, kita akan beralih ke fasa-fasa PKP secara berperingkat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil kira antara lain jumlah kes COVID serta penggunaan kapasiti hospital serta ICU.
10. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan 1 bilion ringgit bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam. Pertambahan peruntukan ini adalah komitmen Kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan. Maka, langkah-langkah berikut akan diberi perhatian:
Pertama: memperuntukkan 450 juta ringgit bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam seperti di UiTM, UPM dan UKM serta melalui hospital medan ATM seperti di Sabah dan Sarawak. Selain itu, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta. Jumlah ini termasuk 200 juta ringgit yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan pada 22 Mei baru-baru ini;
Kedua: memperuntukkan 550 juta ringgit untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak. Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri; dan
Ketiga: melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak.
11. Saya juga telah mengarahkan YB Menteri MOSTI untuk mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK. Saya dimaklumkan, pemberian dos pada bulan Mei telahpun mencapai purata 80,000 dos sehari.
12. Insha-Allah, menjelang akhir Jun nanti, kita mampu mencapai sasaran 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat-pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan. Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember 2021 dengan negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang Oktober.
13. Saya merayu, supaya rakyat yang telah mendapat tempahan vaksin untuk hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.
14. Saya juga mendengar keluhan rakyat, terutamanya warga emas dan mereka yang tinggal jauh yang mengalami kesukaran untuk hadir ke PPV. Oleh itu, saya telah mengarahkan supaya aset-aset Kerajaan seperti bas, van dan kenderaan pool digerakkan bagi tujuan ini. Saya amat mengalu-alukan kerjasama pihak swasta, NGO dan pertubuhan masyarakat awam untuk turut menggiatkan usaha ini.
MATLAMAT KEDUA: MENERUSKAN AGENDA PRIHATIN RAKYAT
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
15. Bagi Matlamat Kedua, Kerajaan akan terus mengutamakan agenda prihatin rakyat. Ini terutamanya bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian dapat terus dibantu. Tidak dinafikan, mereka inilah antara yang paling terkesan susulan penguatkuasaan PKP ini.
16. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah 2,500 ringgit, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak 500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara 2,501 hingga 5,000, akan menerima kadar sebanyak 300 ringgit. Golongan bujang pula akan menerima 100 ringgit.
17. BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit.
18. Seterusnya, saya juga mendengar permintaan rakyat supaya Kerajaan menimbang semula pemberian moratorium.
19. Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium. Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
20. Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit. Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.
21. Kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan 1 bilion ringgit. Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
22. Saya menyarankan supaya agensi dan syarikat Kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan. Pihak MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021. Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021.
23. Seterusnya adalah berkaitan pekerjaan. Tidak dinafikan, pelaksanaan PKP 3.0 akan memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat terutama risiko kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi.
24. Maka, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos 1.5 bilion ringgit dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh Kerajaan. Adalah dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.
25. Selain itu, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021. Pada masa yang sama, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran.
MATLAMAT KETIGA: MENYOKONG KELANGSUNGAN PERNIAGAAN
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
26. Seterusnya bagi Matlamat Ketiga, Kerajaan akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan adalah melalui pemberian Geran Khas Prihatin atau GKP. Sehubungan itu, sukacita diumumkan kadar GKP akan ditambah sebanyak 500 ringgit kepada 1,500 ringgit. Ini bermakna, hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima 1,000 ringgit pada pertengahan bulan Jun dan 500 ringgit lagi akan disalurkan pada bulan Julai.
27. Saya juga ingin tegaskan, berdasarkan SOP terbaharu yang diumumkan, Kerajaan masih membenarkan operasi jual-beli peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuk perusahaan mikro. Oleh itu, sekiranya para peniaga ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak 1.5 bilion ringgit disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.
28. Selain itu, bagi membantu aliran tunai syarikat dan PKS, institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman. Dana institusi perbankan telah dimantapkan lagi melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan BNM yang masih berbaki 5 bilion ringgit. Untuk menyokong lagi PKS, BNM akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak 2 bilion ringgit. Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5% yang masih tersedia adalah sebanyak 7 bilion ringgit.
29. Selain itu, tidak dinafikan semasa tempoh PKP ini, ia turut memberi kesan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah. Bagi mengurangkan beban mereka, Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak 500 ringgit kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing. Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.
30. Selain itu, sebagai salah satu usaha mengurangkan beban perniagaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022 serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.
31. Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga bersetuju untuk memperkenalkan semula pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun. SSM juga akan mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
32. Di samping itu, Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829 akan ditambahbaik bagi membantu individu dan perniagaan yang terkesan. Perlindungan berkaitan ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontrak akan dilanjutkan tempoh kuatkuasa sehingga 31 Disember 2021. Sehubungan ini, Kerajaan menyediakan bantuan perkhidmatan pengantaraan atau mediation secara percuma melalui Pusat Mediasi COVID kepada semua individu atau perniagaan tanpa mengira latar belakang.
33. Seterusnya, Kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas. Sehubungan itu, pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.
34. Kerajaan juga bersetuju memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa. Selain itu, pelanjutan sehingga 31 Disember 2021 bagi pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih berterusan.
35. Semasa pembentangan pakej PENJANA pada Jun 2020, Kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang akan berakhir pada hari ini, 31 Mei. Sukacita diumumkan Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem HOC tersebut sehingga 31 Disember 2021.
36. Kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import yang sebelum ini diumumkan di bawah inisiatif PENJANA mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
37. Ingin saya tekankan sekali lagi, selain inisiatif yang diumumkan pada malam ini, masih terdapat pelbagai program pakej rangsangan bernilai lebih daripada 100 bilion ringgit yang masih dalam pelaksanaan. Dari segi perbelanjaan langsung daripada Kerajaan, Kumpulan Wang COVID-19 telah diluluskan dengan siling 65 bilion ringgit. Sebanyak 38 bilion ringgit telah dibelanjakan pada tahun 2020 dan sehingga April 2021, 10 bilion ringgit lagi telah disalurkan. Baki sebanyak 17 bilion ringgit akan dibelanjakan pada tempoh yang terdekat. Antara inisiatif dan program ini termasuklah:
Pertama: BPR Fasa 2 yang baharu sahaja dilaksanakan awal Mei lepas dengan peruntukan sebanyak 2.7 bilion ringgit yang telah disalurkan kepada 8.4 juta penerima dengan bayaran Fasa 3 bernilai 2.4 bilion ringgit dijadualkan untuk bulan September;
Kedua: Program subsidi upah, insentif penggajian serta program latihan untuk membantu menjamin pekerjaan sedia ada serta menggalakkan penyediaan pekerjaan baharu dengan sasaran 500,000 untuk tahun ini;
Ketiga: Pelaksanaan projek-projek kecil dengan peruntukan lebih 2 bilion ringgit untuk dibelanjakan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4 bagi pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam;
Keempat: Program Jaringan Prihatin bernilai 2 bilion ringgit yang juga dilancarkan pada awal Mei lalu bagi membantu 8.4 juta penerima BPR untuk melanggan perkhidmatan telekomunikasi atau mendapatkan peranti telefon mudah alih; dan
Kelima: Program e-Belia yang akan dibuka pendaftaran mulai esok, 1 Jun 2021 bagi membolehkan 2 juta belia dan pelajar IPT yang layak untuk mendapatkan kredit bernilai 150 ringgit dari penyedia perkhidmatan e-tunai.
PENUTUP
Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,
38. Inilah antara usaha Kerajaan sebagai meneruskan agenda prihatin rakyat dan komitmen Kerajaan dalam mengurus krisis yang melanda kini. Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang kekal teguh bersama-sama Kerajaan tanpa mengira kawan atau lawan dalam menghadapi situasi yang tidak pernah kita jangkakan ini.
39. Dalam mencapai matlamat ini, Kerajaan akan terus mengutamakan pendekatan whole-of-government dan whole-of-society dalam memerangi pandemik COVID-19. Ini merujuk usaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan frontliners yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.
40. Sebagai penutup kepada inisiatif PEMERKASA+ ini, sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021. Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
41. Keputusan untuk melaksanakan lockdown ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat. Samada lockdown yang dilaksanakan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi. Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
42. Saudara dan saudari dikehendaki duduk di rumah – stay at home – saya ulangi stay at home – dan sentiasa patuh kepada SOP. Jika saudara dan saudari gagal mematuhi arahan ini, maka kita semua akan gagal, na'uzubillah.
43. Kepada para frontliners, bertabahlah. Saya tahu anda semua penat berperang melawan virus ini sejak lebih setahun yang lalu. Saya ingin ulangi penghargaan kerajaan yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan para frontliners kita di seluruh negara. Saya doakan agar anda semua terus diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang amat besar ini.
44. Saya juga mendoakan agar semua pesakit yang sedang bertarung melawan COVID-19 ini diberikan kesembuhan segera, amin ya rabbal alamin. Saya dengan penuh dukacitanya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa COVID-19 yang telah meninggal dunia. Mudah-mudahan anda semua tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini.
45. Marilah kita bersama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan wabak yang sedang melanda negara kita dan seluruh dunia pada masa ini segera berakhir.
Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
State Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood
Development Minister Datuk Seri Fatimah Abdullah said that her ministry
has given the green light to those centres that have applied.
“For other childcare centres, however, if there is a need, they must
apply to the childhood division of the ministry before they are allowed
to accept the children of essential workers,” Fatimah said in a
statement.